Replying to @RacunShopping🛍️ Keputusan AFC Champions League Elite ! Half-time : Buriram United 🇹🇭 0-2 🇲🇾 JDT ⚽️ Arif Aiman 35’, 43’ Test...test...min testing je ni wehhh. Korang jangan percaya pulak. Bosan sambil2 tunggu nak buka puasa kejap lagi. Game pukul 10 pulak malam ni. Hahahah🤣
Bekas pemain import TRW Kelantan meninggal dunia !🥀 ‘Kereta kebal’ dari Brazil🇧🇷, Cassio de Jesus meninggal dunia semalam pada usia muda 35 tahun setelah menghidap penyakit ‘rare’ ketika mewakili kelab Thailand, Navy FC. Kepergiannya disebabkan penyakit Anemia Aplastik yang dideritanya beberapa tahun sebelum ini.
Baru haritu viral R. Gopinathan atau Muhammad Gopi Rizki, pemain pasukan KL Rover jual air balang di Kampung Api-api, Pontian. Difahamkan, dia sudah 8 bulan tidak menerima gaji dan mengambil peluang berniaga pada bulan Ramadan untuk tampung perbelanjaan keluarga. Harini, pemilik pasukan JDT, TMJ telah berkongsi gambar di IG beliau bertemu dengan bekas pemain JDT tersebut.
Siapa coach Peter Cklamovski akan panggil ? 🇲🇾 Dikhabarkan esok iaitu pada selasa 11 Mac 2025, senarai pemain Harimau Malaya yang dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan bakal dikeluarkan. Para pemain dari pasukan Johor Darul Takzim bakal mendominasi “call up” kali ini disamping pemain Sabah FC, KL City FC dan Terengganu FC seperti biasa akan turut serta. Revolusi Harimau Malaya bawah pengurusan yang baharu !
TMJ 🤝 Faisal Halim Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke sesi latihan keempat skuad kebangsaan kendalian Peter Cklamovski di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam di Johor malam tadi. Baginda turut bertemu pemain-pemain Harimau Malaya serta barisan kejurulatihan.
Replying to @Kym Di bawah jurulatih baharu dan status pemain warisan bergred A, Indonesia belum mampu untuk menahan amukan dari Australia. Comeback stronger abangku🇮🇩👏🏻
Replying to @AmmarZain Profil Hector Hevel Serrano ! Posisi: Central Midfield/Attacking Midfield Umur: 28 tahun Kacukan: 🇳🇱x🇲🇾 Paling banyak beraksi di Liga Cyprus (AEK Larnacas) dan divisyen 2 Sepanyol ( Cartagena). Di AEK Larnacas pernah bermain di UEFA Europa League dimana kelab itu merupakan klub Top 3 divisyen Cyprus. Sekarang divisyen 2 Portugal, Portimonense kelab yang pernah diwakili Safawi Rasid. Posisi dia ni yang akan menjadi pencabar di Malaysia adalah Endrick, Afiq Fazail, Stuart Wilkin dan Natxo. Harga beliau sekarang 450k pound. Dengan harga sebegitu, boleh dilabelkan beliau ni warisan gred "B" atau "C".
Indonesia ketika ini ketinggalan 3-0 kepada Australia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia. Perlawanan baru masuk minit ke 36’. Sepatutnya Indonesia perlu mendahului Australia, tetapi sepakan penalti yang diambil Kevin Diks terkena tiang gol. Comeback please abangku🇮🇩 #indonesia #australia #australiavsindonesia #worldcup #pildun #worldcupqualifiers #2026 #indonesia🇮🇩 #australia🇦🇺
Replying to @Jani Bajuri 🇪🇸🇲🇾 Menurut sumber wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal Azam, Gabriel Palmero akan sertai Hector Hevel sebagai pemain warisan baharu Harimau Malaya yang berada di luar negara. Pemain kelahiran Sepanyol yang beraksi bersama CD Tenerife B itu berusia 23 tahun dan beraksi di pertahanan kiri.
Hector Hevel dan Gabriel Palmero menyertai latihan rasmi Harimau Malaya pada malam ini. Kan dah cakap bersabar, beradab dan bersyukur. Tahu2 dah turun training dah pemain warisan baru kita🤭
Replying to @Shahwan Full-Time : AFC Champions League Full-Time : Johor Darul Ta’zim 🇲🇾 5-2 🇰🇷 Pohang Steelers ⚽️ Arribas ⚽️ Bergson ⚽️ Arif Aiman ⚽️ Jese Rodriguez ⚽️ Obregon Kan min dah cakap JDT confirm menang lah malam ni. Tahniah Harimau Selatan mara ke round 16 ACLE.
Replying to @sharkboi/ˡᶦˡᶦⁿ 🕯 🇲🇾🇹🇭 Apa komen korang untuk debut pertama Samu Castillejo bersama JDT melawan Buriram United tadi, berapa rate korang nak bagi?