Seekor kucing yang setia, sanggup berjalan sejauh 19km semata-mata mahu kembali ke pangkuan keluarga yang pernah menjaganya. Namun, sebaik tiba di rumah lamanya, kehadirannya tidak disambut. Difahamkan, keluarga berkenaan sebelum itu telah menghantar Toby ke pusat perlindungan haiwan kerana tidak mahu lagi memeliharanya. #toby #malaysiatrends
Boss Susu enggan ambil peduli dengan komen orang, sebaliknya percaya aiskrim Farm Fresh tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia. Sapot lokal! #farmfresh #malaysiatrends
Seorang wanita dipercayai warga Jepun ditemukan ma*t terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya semalam. Siasatan mendapati mangsa adalah suri rumah dan sudah menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun lalu. Tiada sebarang unsur jenayah membabitkan insiden itu. #subangjaya #malaysiatrends
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menegaskan mana-mana individu yang bermain mercun tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman penjara dan denda berat. Beliau berkata ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak serta kempen kesedaran perlu dianjurkan pada peringkat sekolah, masjid dan media sosial bagi menyampaikan mesej mengenai bahaya bermain mercun. #malaysiatrends
Seorang peguam dikenali sebagai Mahmud Jumaat, tampil menjelaskan bahawa isu ini sebenarnya hanyalah salah faham yang diperbesarkan. Peguam tersebut menegaskan bahawa tarian yang dilakukan oleh Pak Azad dalam video itu bukanlah tarian kavadi, sebaliknya meniru gaya entrance Muay Thai atlet terkenal, Miki Ghazali. Beliau turut menjelaskan bahawa lagu latar yang dimainkan juga bukan muzik upacara keagamaan, tetapi lagu yang sering digunakan untuk entrance pertarungan Muay Thai. #malaysiatrends
Muaz Zabir yang pernah rapat dengan Bella Astillah mengakui reda dengan takdir dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut. Dia menegaskan bahawa dia dan Bella masih berhubungan baik dan tiada sebarang konflik meskipun pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa. #muazzabir #bellaastillah #malaysiatrends
Pempengaruh, Caprice hari ini mengeluarkan kenyataan di Instagram Story berkenaan permohonan maaf yang dilakukan oleh Nabil, Pak Azad dan Radin terhdap Bendahari MIC, Dato’ N. Sivakumar di Batu Caves. Menurut Caprice ramai orang mula menyalahkan kerajaan dan politikkan isu ini sehingga menjadi lebih panjang. “Orang dah minta maaf dah dato. Ramai je followers cap yang hindu pun dah maafkan mereka. Sepatutnya as a leader at MIC, you could have handled things better and cool things down. “Dan ramai start salahkan kerajaan + politikan bende ni sedangkan he is not even in PH. That guy is MIC. #malaysiatrends
Kak Cik Yah sering berkongsi resepi masakan daripada awal sehingga akhir dengan cara percakapan seperti seorang nenek bercakap dengan cucunya. Perwatakan yang bersahaja ketika membuat siaran langsung memasak di aplikasi TikTok menjadikan dia semakin diminati oleh warganet. #kakcikyah #malaysiatrends
POP MART kini dibuka di The Exchange TRX, KL! 🎉 Kedai terbesar di Malaysia ini menawarkan koleksi mainan seni edisi terhad seperti DIMOO, SKULLPANDA, dan Labubu. Jangan lepaskan peluang terokai dunia penuh kejutan dan nostalgia! ✨ #popmart #kedaiterbesar #collectormusthave #trx
Bekas penerbit dan wartawan program hiburan Melodi, Nas Ahmad dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi ini. Alfatihah… #nasahmad #terjah #Malaysiatrends