Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dpd Family Cute. Biasanya tukang masak di Hari Raya akan bersiap lambat. So, gambar raya lambat sikit. Bersiap lambat, tapi bangunnya awal untuk memasak then solat. Lepas solat baru bergambar. #raya2025 #rendang #dendeng #viral #hariraya #trending
Stok sambal dah habis. Mummy Cute suka makan sambal bila berbuka & sahur. Sebagai suami, daddy cute buatkan yang sedap-sedap untuk mummy. Lagipun mudah je nk buat sambal ni. Lagipun tahan lama. Daddy buat banyak-banyak supaya tahan sampai raya. #foryoupage #fyp #ramadan2025 #trending #viral #cute
Daddy cute akan buat banyak paste kuah kacang ni, boleh juga guna untuk buat rendang tak pun dendeng. Mudah keje. 1 paste boleh masak 3 menu. Kuah kacang pekat sikit, nak cairkan guna je air panas. Mudah kan. #fyp #foryoupage #raya2025 #kuahkacang #viral #trending #hariraya
Daddy cute bagi resepi bertulis ya untuk badam cluster coklat ni. Bahan2 1. Kacang badam cincang 2. Coklat beryls (milk + dark) 3. Butter 4. Paper cup Cara2 buat... 1. Bakar kacang badam 150 degree selama 15 minit. Bergantung oven masing-masing. Biarkan Sejuk letak tepi. 2. Cairkan coklat dgn butter dlm microwave atau guna kaedah double boiled. Kalau guna microwave jgn lama sgt ya, dlm 20 hingga 30 second je. Kalau terlama, dia akan over cooked. 3. Lepas coklat cair, terus tuang atas badam. Gaul2 rata. 4. Lepas tu, letak dlm paper cup. Sejukkan dlm peti ais dlm 5 Minit. 5. Dah siap. Tak perlu bakar2 balik. #viral #ramadan2025 #trending #foryoupage #fyp #almondcluster
Biskut Almond London Cute😘 Bahan-bahan 🌹Buttercup 1 cawan (250g) 🌹Gula icing 1 cawan 🌹Telur kuning 1sebiji 🌹1 sudu kecil essen vanilla 🌹2 Cawan tepung gandum (kalau melekat kat tangan tambah lagi 1/2 cawan. 🌹1/2 cawan tepung jagung 🌹1 sudu penuh tepung beras 🌹Kacang badam (telah dibakar dlm oven pada suhu 150 degree selama 15 minit) 🌹Coklat Coin /coklat masakkan 🌹Badam hancur (telah siap dibakar) Cara-cara buat; Jangan guna mixer, guna senduk sahaja, sebab kita tak nak kuih kembang semangkuk. 🍓Pukul/Gaul manja buttercup bersama gula icing. Jangan Gaul kuat sangat ya, agak2 sehingga sebati. 🍓Kemudian masukkan telur dan essen vanilla. Kacau2 manja juga. Jangan ganas sgt ya. 🍓Lepas tu masukkan 3 jenis tepung yang disenaraikan diatas. Gaul gunakan dgn tangan sehingga doh tak melekat. Sekiranya Masih ada melekat2 juga, tambahan tepung gandum, sedikit demi sedikit 🍓Lepas dah jadi doh, terus balut kacang badam seketul tu dgn doh. Terpulang nk buat bentuk apa, lonjong boleh ,bulat pun boleh. 🍓Kemudian, bakar 160 degree selama 20 -25 minit. (Bergantung oven masing2) 🍓Biarkan sejuk sekejap, lepas sejuk, letak biskut kedalam paper cup. 🍓Letak tepi jap, kiter buat coklat nya. Sy buat double boil, cairkan coklat dan masukkan sedikit butter untuk coklat lebih berkilat. (Butter pun agak2 je) 🍓Lepas coklat cair, tuang coklat atas kuih yang dah siap2 dlm paper cup. Kalau tak nak, celup kuih dlm coklat baru masukkan dlm paper cup. Terpulang cara masing2. 🍓Lepastu, taburkan badam ke atasnya. 🍓Biarkan coklat sejuk dan pastu kiter packing la. 🍓Siap #fyp #viral #foryourpage #familycute #almondlondon #biskutraya #trending
Memasak di rumah mentua. Rezeki sgt dikurniakan mentua yang baik disamping kat rumahnya ada macam2 jenis bahan nak memasak. Semua nya fresh bila nak guna. Lepas masak tu, bawak sikit kat rumah mak sendiri. Alhamdulilah. #lemangkukus #fyp #foryoupage #raya2025 #hariraya #trending #viral #raya #rendang
Kuih raya yg paling mudah nak buat. Tiap-tiap tahun daddy cute buat untuk mummy cute tau. Mummy cute suka sgt dgn kuih barang buruk ni. Daddy buat cara mudah dan cepat. Korang pun boleh Cuba. #kuihraya #viral #fyp #foryourpage #familycute #biskutraya
Daddy cute bagi resepi bertulis ya. Mudah korang nak salin Dan ingat. Biskut Semperit Dahlia Susu Warna Warni 3 bahan sahaja: 🌹Buttercup 250g 🌹1/2 cawan susu pekat 🌹1 peket tepung jagung (400g) Cara-cara buat 🌹Pukul buttercup dgn susu hingga sebati baru masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. 🌹Bakar pada suhu 170 degree, selama 20 minit (bergantung oven masing2) #viral #trending #foryoupage #fyp #raya2025 #semperit #biskutraya
Daddy suprisekan mummy, Mummy suprisekan daddy. Penghantar Bunga 1 (Orang luar tak kenal) : Hallo, En. Shafiq ada bunga orang hantar. Daddy Cute : Baik, jap saya turun. Dalam hati daddy, mesti mummy cute bagi ni. Sedang daddy cute nak turun, Kak Ain Call. Penghantar Bunga 2 (Kak Ain) : Dik, akak dah sampai lobby ni, ada nombor opis mummy cute tak. Kak Ain ni (daddy selalu order bunga dgn dia) mummy cute kenal, tak surprise la kalau call guna phone kak Ain. Daddy cute : Alamak kak, Saya pun kena ambil bunga juga ni. Mummy Cute bagi kejutan kat saya. Memang kebetulan betul la penghantar Bunga berbeza datang serentak pada masa yang sama. Daddy dpt kejutan, mummy pun dpt kejutan juga. Mummy Cute : Ala, ingatkan orang tu call tak dpt nak contact daddy cute. Rupa2nya mummy pun dpt bunga juga. Tq daddy. Bila bergambar tu, daddy cute sempat jeling-jeling bunga mana yang lagi meriah ni. Nasib baik Saiz lebih kurang sama. Bayangkan kalau daddy cute bagi sekuntum je, mummy bagi sejambak. Memang kene bahan la daddy sepanjang hidup. #cute #shafiquecute_official #lovestory #anniversary #daddycute #mummycute #babycute #viral #trending #ramadan2025 #fyp #foryoupage
Tart Nenas Cheese Bar untuk mummy cute. Mummy Cute request nak makan yg daddy buat katanya. Daddy kata okey je untuk buatkan janji tolong daddy cuci lepas daddy masak kuih ni. #fyp #foryoupage #trending #tartnenascheese #viral #trending
Biskut Cornflakes Rangup kegemaran Mummy Cute . Biasanya daddy cute akan buat Biskut raya yang mummy suka je sebab suka tgok org makan masakkan kiter kan. #biskutcornflakes #raya2025 #fyp #viral #trending #foryoupage
Resepi Cornflakes Caramel khas untuk mummy cute. Mummy Cute macam biasa lah request kat daddy untuk buatkan. Mummy cute kata dia ada tengok kat online, katanya daripada dia beli baik dia suruh daddy cute buat. Jimat Dan puas makan. #familycute #fyp #foryoupage #ramadan2025 #raya2025 #cornflakescaramel #mummycute #viral #trending
Daddy & mummy cute akan masak sedap-sedap kalau tetamu nak datang terutama Mak Ayah nak datang berbuka dekat rumah. #cute #viral #trending #ramadan2025 #fyp #foryoupage